Bagi saya entry hanyalah entry. Jika terdapat entry tidak semestinya kita akan memasuki pasaran, kerana disebalik entry itu kita juga perlu melihat perkara perkara yang lain sepert risk dan reward. Adakah ia masih selari dengan strategi kita? Adakah ia berlaku di penghujung trend atau masih dipertengahan? Adakah sesuai kita menggunakan entry jenis itu pada ketika itu? atau pun kita perlu mengubah starategi kita ketika itu disebabkan terbentuk nya pattern seperti double bottom, triple bottom dan sebagainya.
Didalam forex ada terdapat banyak jenis entry yang boleh dipadankan dengan keadaan pasaran pada satu satu masa. Kerana keadaan pasaran akan berubah-ubah . Kita tidak boleh hanya bergantung pada satu jenis entry sahaja. Oleh itu keperluan kita untuk berfikir sebagai seorang trader sangatlah penting kerana disitu kita akan dapat membuat penilaian akhir yang baik sebelum kita memasuki pasaran.
Memang keadaan ini agak remeh bagi sesetengah orang untuk melakukan nya kerana ia perlu penelitian yang rapi. Sebenarnya inilah yang membezakan kalangan trader yang berjaya dan yang gagal. Tanya pada diri anda, anda ingin tergolong dalam golongan trader yang mana?
Kebanyakan trader akan memasuki pasaran apabila sahaja berada dihadapan komputer, bagi saya ia tidak semestinya kerana kita perlu menganalisa dan kita akan bertindak berdasarkan strategi kita serta fakta-fakta yang terkumpul pada waktu itu. Saya lebih menekankan untuk mengambil trade yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi didalam urusniaga saya. Maksud trade yang mempunyai kebarangkalian tinggi ialah kerana trade itu mempunyai fakta-fakta yang kukuh untuk menyokong tindakan saya pada masa itu.



