Trader Yang Berjaya Bijak Mengurus Emosi

Posted on October 9, 2012


Semua orang akan membuat kesilapan, saya, anda dan sesiapa juga membuat kesilapan. Tetapi anda tidak boleh terbawa-bawa dengan kesilapan ini hingga membuatkan kita beremosi. Walaupun saya ada mengatakan trading kita akan dipengaruhi oleh emosi tetapi yang menjadikan keadaan lebih buruk adalah tabiat buruk semasa berurus niaga dan juga cara pembelajaran yang tidak betul.

Saya cuba memahamkan anda begini. Ramai kalangan kita boleh lulus ketika di universiti tetapi mengapa ramai mereka GAGAL ketikata berurusniaga dalam FOREX !! Apa yang cuba saya ingin memperkatakan kali ini adalah perasaan takut atau kekecewaan. Sebelum anda mengambil keputusan yang drastik harap difikirkan panjang-panjang agar tiada siapa yang akan menjadi korban atas kesilapan yang tidak sepatutnya.

Baru-baru ini saya bersama salah seorang student meminta pandangan saya mengenai hasratnya untuk berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian pada FOREX.. Saya pendekkan cerita, saya kata; Jangan, sebab awak masih baru dan banyak perkara lagi dalam trading yang awak belum jumpa dan dapat menyelesaikannya. Selain dari itu segala sumber akan hanya tertumpu / bergantung pada FOREX dan waktu itu awak akan merasa tekanan. Sebaliknya sebagai seorang trader kita tidak boleh meletakkan diri kita dalam tekanan pada apa-apa keadaan sekali pun. Mengapa? Kerana kerja kita agak lain sikit iaitu berperang dengan emosi yang ujud samada atas sebab sendiri atau dari orang lain. Itulah sebabnya kebanyakan trader yang berjaya banyak menyepikan diri, bukan mereka sombong sebaliknya mereka sangat bijak dalam mengurus emosinya. Bagi mereka sepotong ayat dalam facebook atau dalam forum tidak mendatangkan manfaat padanya dan juga pada pembacanya, oleh itu anda tidak akan dapat bersama mereka dimana-mana laman sosial , forum dan bercerita mengenai trading.

Ok, MASALAH BESAR dalam trading terjadi apabila anda berada dalam tekanan. Dari penelitian saya TRADER BARU yang tidak mempelajari secara khusus akan dapat bertahan selama 6 bulan, kemudian mereka akan tenggelam dan timbul bersama perasaan takut dan kecewa atas apa yang berlaku. Ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih kerana terjadinya kerosakan minda. Sehinggalah terbuka pintu hatinya untuk mempelajari dengan cara yang betul. Sebagai contoh: anda dan saya boleh memandu kereta tetapi untuk berlumba anda perlu mempelajari dari seorang pakar, kerana banyak perkara yang kita tidak terfikir disebabkan tidak mempelajarinya. Mungkin anda terkejut apabila saya mengatakan PEKERJAAN SEORANG TRADER YANG SEBENAR ADALAH PADA KETIKA PASARAN TUTUP (hari Sabtu / Ahad). Ini adalah salah satu contoh dan ada banyak lagi yang akan anda ketahui apabila anda mempelajarinya nanti.

Disini saya beri 2 senario

1. Ahmad trader baru yang mempunyai modal besar dan berhenti kerja bagi menumpukan kepada trading tetapi EGO dengan pendiriannya bahawa satu hari nanti beliau boleh melakukan melalui kajian kajian yang dibuatnya.

2. Hisham juga trader baru dan masih meneruskan pekerjaannya tetapi terbuka hati untuk belajar dengan betul walaupun tidak mempunyai modal sebanyak Ahmad.

Dihujung kisahnya nanti Ahmad merasa takut dan kecewa kerana apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang diharap. Sebaliknya Hisham akan lebih berjaya kerana Hisham masih bekerja dan dapat menyara keluarganya seperti biasa menggunakan duit gajinya.Selain itu Hisham akan lebih berjaya kerana tiada tekanan sumber kewangan dan juga berjaya dalam trading bersandarkan ilmu yang dipelajarinya dengan betul.


KURSUS 6 BULAN BELAJAR TEKNIKAL ANALISIS. SESI JUN HINGGA NOV 2013 BATCH 2 PADA:
Tarikh: 22hb Jun 2013
Jam: 8.30 pg
Tempat: Online ( Webinar ) dikediaman
Untuk Sesi Kursus yang lain, sila rujuk Jadual Jaguh Forex

Add Your Comment

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin