Latest Blog Posts

Mengapa mencari jalan singkat dalam forex?

Posted on April 3, 2011

jalan singkat dalam forex

Untuk kita berjaya dalam apa apa bidang sekali pun kita perlu belajar dan memahaminya secara keseluruhan. Untuk kita memahami adalah satu perkara yang kadang kala akan mengambil masa yang agak panjang. Bagi saya tidak mengapa,asalkan kita berada di landasan yang betul untuk belajar.

Kalangan kita gemar untuk memilih jalan singkat dalam forex dan juga tidak mahu untuk memikirkan jangka masa panjang yang akhirnya apabila kita membuat kiraan semula, ianya lebih menguntungkan sekiranya kita boleh berfikir lebih rasional dengan berfikir untuk jangka masa panjang.

Sebagai contoh, ada kalangan kita terbawa bawa dengan promosi yang dijalankan oleh syarikat broker dan juga link yang diberi oleh rakan mewakili syarikat broker. Oleh kerana terlalu inginkan untuk menjadi kaya dengan mudah dan murah, lalu mereka cuba untuk mempelajarinya serba sedikit dari internet lalu membuat deposit kedalam akaun trading forex lanjutan mendapat bonus dan sebagainya pada tarikh tarikh tertentu.

Sekiranya inilah yang berlaku pada anda, renung kembali adakah pernah anda menikmati secara keseluruhan apa yang anda pernah fikirkan? Sekiranya pernah, anda adalah orang yang paling beruntung kalangan ratusan ribu malah jutaan orang yang melakukan perkara yang sama seperti anda.

Perlu kita ingat satu perkara yang hanya bergantung pada nasib semestinya tidak akan selalu memihak pada kita dan ada kala nya dengan hanya sekali ia tidak memihak pada kita boleh melenyapkan keseluruhan yang kita prolehi sebelumnya.

Akhir kata dari saya, SEKIRANYA KITA MAHU BERJAYA IKUTILAH LANGKAH MEREKA YANG TELAH BERJAYA DIDALAM FOREX ( bank bank, fund manager dan golongan professional dalam industri ini (mereka yang telah menyara kehidupan untuk jangka masa yang panjang melalui hasil forex)

Recent Blog Posts

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin