Buy atau Sell didalam forex

Posted on May 1, 2011

Secara ikhlasnya saya berpendapat untuk kita membeli atau menjual didalam forex tetap akan mendatangkan keutungan kerana setiap kenaikan pastinya ia akan membuat menurunun semula yang boleh juga kita katakan sebagai retracement. Ia adalah perkara biasa yang akan berlaku secara berulang-ulang.

Walaubagaimana pun saya masih teringat pesanan guru saya 14 tahun yang lalu dengan mengatakan “you don’t have to catch every move, there are ocean of opportunity in forex..

Oleh itu kebolehan kita untuk meletakan kita didalam keadaan advantage adalah penting dalam forex, maksud saya post yang mempunyai kelebihan sekiranya kita melakukan kesilapan kesilapan kecil tapi kita masih boleh mendapatkan keuntungan.

Sekiranya kita memandang forex ini sebagai perniagaan maka kita pastinya selalu akan memandang perkataan advantage ini sebagai suatu kemestian. Itulah sebabnya wujud pegangan didalam syarikat sebanyak 49/51 percent pemilikannya. Ini semua berlaku kerana mereka mahu meletakkan diri mereka dalam keadaan advantage.

Bila kita renung kembali apa yang selalu kita lakukan ditempat kerja kita. Kita selalu diminta untuk menyediakan pelan jangka masa panjang kemana kah hala tuju perjalanan apa yang kita lakukan dan kita perlu melihat dari skop yang lebih luas. Begitu juga dengan urusniaga kita didalam forex dimana melihat dari skop yang lebih luas adalah lebih menguntungkan dan menjimatkan masa.

Kemampuan kita meletakkan diri kita didalam advantage ini lah yang akan membawa kita menjadi seorang trader yang berjaya. Kerana kita akan memasuki pasaran pada pair yang mempunyai advantage pada kita..

Untuk menjadi seorang trader bukan membawa maksud akan memasuki pasaran ketika membuka laptop dan akan berada 24 jam dihadapan computer. Kita tidak perlu mengikut apa orang lain kata didalam facebook ,forum dan sebagainya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin tidak sama dengan mereka dan kita sudah menyediakan pelan tindakan yang bersesuaian dengan apa yang akan kita lakukan dan mereka juga mungkin mempunyai perkara yang sama, cuma kita tidak tahu secara keseluruhan nya.

Penting : KITA AKAN TURUN KELAUT UNTUK MENANGKAP IKAN SEKIRANYA SEMUA KEADAAN MENGIZINKAN, SEKIRANYA RIBUT ATAU TAUFAN LEBIH BAIK KITA BERADA DIRUMAH BERSAMA ANAK DAN ISTERI. SAHAJA.


KURSUS 6 BULAN BELAJAR TEKNIKAL ANALISIS. SESI JUN HINGGA NOV 2013 BATCH 2 PADA:
Tarikh: 22hb Jun 2013
Jam: 8.30 pg
Tempat: Online ( Webinar ) dikediaman
Untuk Sesi Kursus yang lain, sila rujuk Jadual Jaguh Forex

Add Your Comment

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin