Money Management dalam Forex

Posted on April 19, 2011

Money Management dalam forex

Money management adalah perkara yang menjadi tunjang utama didalam trading forex, ramai dikalangan para trader  mengabaikan kepentingannya  dan hanya memberikan tumpuan kepada teknik trading. Setiap hari kita digembar-gemburkan dengan cerita indah oleh rakan-rakan yang telah menceburkan diri dalam industri ini . Saya tidak menafikan forex adalah perniagaan yang terpantas dan memang boleh mendapat keuntungan besar.

Disini ingin saya menarik perhatian anda kepada satu analogi.

Kita ingin menjalankan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal sebanyak USD1000 sahaja . Saya rasa untuk memulakan perniagaan warong makanan atau mungkin warong menjual ais kacang adalah lebih bersesuaian.. Justeru dengan menyedari hakikat itu, maka anggaran pendapatan kita haruslah yang lebih munasabah atas apa yang  kita niagakan dan kita tidak boleh sekali kali untuk mengharapkan pendapatan kita yang menyerupai pemilik hotel atau perniagaan yang menggunakan modal yang lebih besar.

Melipat gandakan modal sehingga 250% dalam masa satu bulan bagi saya ia terlalu berisiko tinggi, ini adalah perkara yang selalu dilakukan oleh kebanyakan trader yang berpendapat forex adalah lubuk emas yang harus digali secepat mungkin. Dan dapat menikmati kemewahan secepat mungkin

Cuba kita renung dan fikirkan, adakah percentage yang begitu tinggi akan dilakukan oleh golongan professional, bank-bank dan fund manager ketika berurusniaga? Sudah pastinya tidak, ini kerana mereka mempunyai cara mengurus modal yang pastinya tidak akan mendedahkan portfolio mereka kepada risiko yang begitu besar.

Andai kata mereka mempunyai USD100M mampukah mereka mendapatkan keuntungan sebanyak USD200M dalam masa satu bulan.

Untuk trader yang hanya menggunakan modal USD100/1000 mereka selalu dapat melakukan kerana sekiranya apa-apa yang buruk yang berlaku terhadap portfolio mereka ia hanya melibatkan jumlah yang kecil sahaja. Walaupun ianya dapat dilakukan pada peringkat awal tetapi kebanyakannya akan menemui kegagalan dipenghujung.


KURSUS 6 BULAN BELAJAR TEKNIKAL ANALISIS. SESI JUN HINGGA NOV 2013 BATCH 2 PADA:
Tarikh: 22hb Jun 2013
Jam: 8.30 pg
Tempat: Online ( Webinar ) dikediaman
Untuk Sesi Kursus yang lain, sila rujuk Jadual Jaguh Forex

Add Your Comment

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin