Tenang semasa trading forex

Posted on April 4, 2011

tenang semasa trading forex

Ramai trader terlalu kaku ketika menjalankan trading, tidak banyak melihat pada keseluruhan situasi ketika itu. Forex adalah perniagaan yang banyak akan mengunakan pertimbangan dalam menghadapi satu satu situasi. Perniagaan forex juga perlu kita jalankan seperti perniagaan yang lain juga. Kita harus bertindak dan mempunyai pandangan yang seiring sepertimana kita adalah ketua dalam sebuah syarikat.

Berbagai cara yang boleh digunakan dalam aktiviti pemasaran mengharapkan kita akan mendapat keuntungan, Sebenar nya perkara yang sama juga terjadi didalam forex, dimana ianya mempunyai berbagai entry yang hanya perlu dipadankan pada keadaan semasa. Itulah sebab nya kadang kadang mengapa sesuatu teknik yang mungkin menjadi bualan hangat tidak menjadi.

Bagi saya entry adalah gabungan beberapa topik dalam forex, ramai kalangan kita yang hanya berminat mengenai entry tetapi tidak mahu mengetahui hal yang lain didalam forex.

Suatu perkara yang perlu anda ingat mengapa anda boleh mendapat keuntungan pada akaun demo forex tetapi gagal didalam akaun real forex? Jawapan nya kerana anda tenang dan tiada tekanan,sebaliknya ketika anda melakukan untuk real anda tidak dapat mengekalkan emosi anda sepertimana melakukan akaun demo.

Ini terjadi kerana perasaan takut yang menyelubungi fikiran anda mungkin oleh kerana over trade yang akan mengorbankan mungkin separuh dari modal anda atau anda tidak yakin dengan apa yang anda lakukan sehingga membawa kepada perkara perkara yang tidak patut dilakukan.

Ia nya terlalu subjektif kerana walaupun mungkin anda tidak mempunyai penguasaan didalam trade ketika itu tetapi masih boleh melakukannya kerana anda relax dan tiada tekanan.. Cuba anda bayangkan sekiranya anda dapat menguasainya dan sekali gus dapat membuang semua perasaan takut berdasarkan apa yang kita lihat ia itu fakta.


KURSUS ONLINE JAGUH BERIKUTNYA PADA:
Tarikh: 26hb May 2013
Jam: 8.30 pg hingga 5.30 ptg
Tempat: Online ( Webinar ) dikediaman
Untuk Sesi Kursus yang lain, sila rujuk Jadual Jaguh Forex

Add Your Comment

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin