
Forex mempunyai transaksi yang sangat besar, terlalu sukar untuk kita mengingati bagaimana ianya boleh terjadi sebegitu. Ramai juga yang berminat untuk membuat cara sendiri dengan membuat kajian sehingga mengambil masa yang terlalu lama dan terpaksa melalui try and error, cuba membuat gabungan beberapa perkara sehingga kadang kala merasakan ianya sudah boleh berfungsi tapi masih berlaku sebaliknya.
Adakalanya ia memakan masa yang terlalu lama dibanding mempelajari perkara yang sedia ada, sedangkan usia kita makin meningkat dan belum pasti ianya boleh berfungsi.
Bagi saya sekiranya kita ingin ke sesuatu tempat dengan menaiki bas. Maka kita hanya perlu ke kaunter tiket bas dan membeli tiket dan menaiki bas berkenaan pada waktu yang tercatat dalam jadual. Adalah amat tidak munasabah untuk kita cuba membuat bas sendiri kerana ianya hanya akan membuang masa kerana ditakuti sementara bas kita siap semua orang sudah sampai kedistinasi.
Lebih baik pada keadaan-keadaan tertentu kita sebagai pengikut bukannya perintis, sebagai perintis kita terpaksa berhadapan dengan risiko yang amat besar sedangkan itu bukan tujuan asal kita.
Tujuan asal kita hanya ingin mendapatkan pendapatan tambahan selain dari pendapatan kita sekarang ini. Ini disebabkan pendapatan kita tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Mengatur strategi, Trendline ,Fibonacci Candle stick bukannya perkara basic dalam forex.. Kerana golongan professional menggunakannya ketika menjalankan urusniaga. Perkara basic adalah cara penggunaannya. Sebelum kita dapat menggunakan secara kreatif kita perlu memahami menggunakannya secara basic terlebih dahulu.Selain dari itu money management juga perkara yang terlalu penting yang saya beranggapan tiada trader yang berjaya dalam erti kata yang sebenar dengan tanpa mengamalkan money management.
Memahami kejadian sesuatu candlestick,menguasai cara menggunakan trendline dan Fibonacci secara kreatif adalah satu kelebihan mendapatkan entry. Saya tidak mencari entry sebaliknya bertindak atas sesuatu keadaan yang telah terjadi dimana mempunyai jalan cerita yang meyakinkan.
Tapi ingat, ia perlu juga melalui proses dan pastinya perlukan komitmen individu itu sendiri.




Add Your Comment