Pertama sekali, apakah itu Forex?
Pasaran Forex adalah pasaran mata wang antarabangsa. Forex merupakan singkatan dari FOReign EXchange. Pasaran Forex merupakan salah satu pasaran kewangan termuda. Walaupun begitu, Forex merupakan pasaran terbesar dengan pertumbuhan terpantas. Pertukaran wang harian di pasaran Forex mencapai 4 trillion dollar, dimana 30 kali lebih banyak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan dari semua pasaran saham di USA. Faktor utama pergerakan mata wang adalah keperluan peribadi dan juga keperluan import/export. Namun ini semua hanya 5% dari jumlah perdagangan di pasaran Forex dan 95% merupakan perdagangan untuk meraih keuntungan di pasaran forex.
Ciri khas dalam pasaran adalah kestabilan. sudah menjadi kebiasaan bahawa ancaman utama bagi setiap pasaran kewangan adalah krisis. Walau bagaimana pun ia tidak seperti pasaran yang lain (saham dan pasar komoditi) Forex bertahan kerana komoditi utama nya– mata wang. Urusan jual beli Forex boleh dilakukan di mana saja. Terima kasih kepada teknologi internet, di mana anda boleh menjalankan aktiviti di mana-mana di seluruh dunia.
Adakah forex menguntungkan? Jawapan saya adalah ya, perniagaan forex sangat menguntungkan. Ada diantara trader forex yang hanya bergantung kepada keuntungan yang diperolehi dari perniagaan forex sahaja untuk menyara hidup.
Untuk Sesi Kursus yang lain, sila rujuk Jadual Jaguh Forex


