
Untuk menjadi seorang trader forex adalah satu perkara yang sukar tetapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan, ramai yang mengucapkan kata kata indah dengan mengatakan keuntungan mudah diperolehi dari urusniaga forex. Bagi saya ianya terlalu subjektif untuk menggelarkan diri kita sebagai forex trader, ini kerana semua orang boleh memulakannya dengan mendepositkan sejumlah wang ke akaun trading masing-masing. tetapi apakah akibatnya dengan berbuat demikian tanpa mengetahui selok beloknya.
Pernah kah kita terfikir di zaman persekolahan kita, berapa lamakah masa yang diambil untuk kita belajar bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke Universiti? berapakah gaji yang kita perolehi selepas kita berhempas pulas melaluinya, selain itu berapa banyakkah wang yang telah kita belanjakan? ada juga diantara kita yang masih belum dapat menyelesaikan pinjaman pelajaran yang kita buat dahulu. Lalu kita cuba masuk ke dunia forex kerana mungkin disebabkan oleh pengaruh sahabat handai dan juga atas desakan hidup yang memaksa kita mencari alternatif lain selain dari pekerjaan yang sedang kita lakukan.
Pada kebanyakan orang yang cuba menceburkan diri ke dalam arena forex trading ini beranggapan ianya dapat memberikan pulangan yang melebihi dari apa yang sedang kita peroleh melalui pekerjaan yang kita lakukan sekarang. kita patut berlaku adil dengan diri sendiri dengan memperuntukkan masa yang munasabah bagi mempelajari cara-cara trading forex ,memahami selok beloknya dan juga patut membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan segala ilmu yang diperlukan.
Ada pula yang berpendapat bahawa ilmu itu boleh didapati dengan percuma melalui internet, mengapa sampai begitu sekali kita berfikir? Bukankah kita tahu forex adalah satu perniagaan yang melibatkan golongan profesional dalam industri ini seperti bank bank , fund manager dan individu yang telah berakar umbi mengaut keuntungan sebelum kita mengetahui apa kah itu forex.
Pernah kah kita terfikir apakah yang akan berlaku sekiranya majikan kita memberikan tugasan kerja pada bukan bidang yang kita ketahui? pada waktu itu kita akan bingkas mengutarakan tanda tidak setujunya kita.
Tapi mengapakah kita cuba memerangkap diri sendiri dengan situasi yang sama iaitu terjun kedalam dunia forex dengan tanpa ilmu dan pengetahuan yang secukupnya? Sedangkan kita akur bahawa kita tidak mampu melakukan tanggungjawab sesuatu kerja tanpa ilmu dan pengetahuan yang mana secara terangnya kita tidak mempunyai pemikiran dan penghayatan mengenai bidang kerja tersebut.
Ada pula yang cuba berfikiran dengan mengutarakan mengapa tidak diberikan secara percuma agar dapat dikongsi beramai ramai. tapi perlu juga kita ingat bila kita terpaksa untuk membayar kepada ustaz yang mengajar Quran kepada anak kita dan juga pelajaran2 ugama yang kita mahu anak kita menguasai nya.
KESIMPULAN: KITA PERLU MEMPUNYAI PEMIKIRAN DAN PENGHAYATAN YANG SEWAJARNYA DALAM APA JUA BIDANG YANG KITA CEBURI. ILMU DAN KEPAKARAN ITU PERLU DIPEROLEHI DENGAN PENGORBANAN SAMADA MASA DAN JUGA WANG RINGGIT
Beri peluang untuk diri anda berjaya dalam forex,
Mohamed Kamal Kasiman.




Add Your Comment